Saturday, January 29, 2011

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin 
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. 
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. 
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa. 
Hati yang cepat berubah ubah.

APRIL!!!!

haloooooooooooo.......('',)
Today, i want to share some characters yg ad dlm diri saya...
(speaking jap, ntah btol k x)
sy upload menda kt bwh nie dr fb...
saya suka rahsia kelahiran nie cz kebanyakannya sifat yg tersenarai 
menggambarkan sifat sy yg sebenar...
tp xde la sume nyer btol...(jgn la percaya sgt taw)
so, sape2 yg lahir sme bulan nga saya iaitu bulan April jom tgok kesahihannya..

jeng3x....


Rahsia bulan kelahiran (APRIL)




Monday, January 17, 2011

Sahabat Untuk Selamanya...


miss u all



Dua tiga kapal berlayar di samudra

Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

Wednesday, January 12, 2011

sikit sikit lama lama jadi bukit

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.....

Hye sume..ari nie nk cter ckit bley??? ble kn..kn..:-)
Tadi kn kte ngah kemas loker kte, pastu jenguk2 la tabung kte...
Eh2, da byk duit syiling yg kte kumpul taw tuk semester nie...
Tiap2 sem kte akn kumpul duit syiling...kre nyer cm hobi la 2..
Baik kn hobi kte..menda yg berfaedah kte kena la buat...
Dari duk membazir duit beli menda yang xpatut....
yang boys bazir duit beli rokok...
yang girls lak shopping menda2 yg mahal 
(ahaks...mujur la aku nie bukan yg jenis shopping)
Rezeki dan kemewahan dtg nyer dr Allah...
So, berpada2 la kte gunakan nyer yer....
MARI MENABUNG.........

Hadis; 
Rasulullah s.a.w bersabda : Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mecari        harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara yang sederhana  dan berhemah serta menabung kelebihannnya untuk hari susah dan hajatnya.

Monday, January 10, 2011

m!s$ mY oLd fr!Ends

Salam sahabat2....


Tiba2 terasa rindu plak kat kwn2...
*ngah lyn lagu Untukmu Teman by Brothers
Ble yer dpt kte jpe lg???huhuhu...
Kenangan bersama sahabat xkan saya lupakan..
Di kesempatan nie saya nak tujukan khas lagu UNTUKMU TEMAN nie buat sahabat2 yang pernah study di SK Kg Buloh, SK Permaisuri, SMK Tg Ibrahim dan sahabat2 kt UIA Nilai...hope persahabatan kte diredhai Allah dan kekal sampai akhir hayat...amin...





UNTUKMU TEMAN
BROTHERS
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

BUATMU MUJAHIDAH SOLEHAH

Dengan kecantikanmu, 
Kau lebih indah daripada mentari,
Sinar wajahmu, 
Dipancari nur iman yang hakiki,

Dengan akhlakmu, 
Kau lebih wangi dari segala haruman,
Lebih indah dari segala perhiasan,
Perhiasan dunia,
Engkaulah yang terindah,

Dengan rendah hatimu,
Kau lebih tinggi dari rembulan,
Walau hatimu di dasar lautan,
Tetap disanjung
Setinggi bintang berkerlipan,
Indah nian menghiasi malam,

Dengan kelembutanmu,
Kau lebih halus dari rintik hujan,
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Dalam kelembutan ini,
Ada jua ketegasan muslimah sejati,
Engkaulah mawar berduri,

Maka,
Pertahankanlah keindahan ini,
Agar terusan menjadi sayap kiri
perjuangan Islam,
Berjuang Lillahi Taala,
Martabat Ad-deen istiqamah dipelihara,
Penegak kalimah Allah di muka Bumi,

Engkaulah mujahidah sejati...



Monday, January 3, 2011

AkU bUkAn sEriKanDi SoLEhaH

di sebuah universiti,ada seorang wanita yang menjadi pujaan setiap lelaki..ramai yang cuba merisik nya..namun apa katanya...wanita ini sangat zuhud...mari kita ikuti kisahnya

lelaki pertama memintai wanita itu kerana akhlaknya:
ketahuilah akhi..bila kau melihatku dari dalam...sesungguhnya aku amatlah buruk akhlaknya..kerana aku hanyalah manusia yang bergelumang dosa...jika kau melihat hanya pada kebaikan ku keburukan ku..kau pasti tidak memandang apa dosa-doa yang telah aku lakukan...kerana pada mu aku seorang yang soleha,zuhud,dan sempurna untuk menjadi permaisurimu..kau tidak akan lagi bersungguh-sungguh membimbingku....aku mahu kamu sentiasa mengingatkan ku tentang masa silam ku yang penuh dengan dosa-dosa......aku sentiasa rindu untuk mendapat suami yang bercerita setiap hari mengenai serikandi-serikandi dahulu..kerana aku mahu mencontohi mereka..aku juga mahu kau menemani ku...saat aku menangis mengenang dosa-dosa ku...aku berdosa!!


lelaki kedua takjub dengan kewarakannya
:kau hanya melihat pakaian ku..tapi pakaian sebenar..akhlak ku bersama teman-tamanku tidak kau nilai...aku juga manusia biasa...tidak lepas dari sifat mazmumah ...ini mungkin akan mengejutkan mu bila kita menikah..maaf aku tidak dapat menerima mu..kerana kau menilai ku terlalu mulia

aku suka dengan kecantikanmu
ketahuilah kecantikan ku hanya luaran...dan akan luntur...adakah kau akan merima ku saat aku sudah berkedut,saat gigi ku tinggal dua?????tidak mungkin kan..aku akan kau tinggalkan ...lalu apa ertinya cinta mu pada ku...saat aku sudah mengandung..badan ku sudah tidak menatik..apakah kau masih setia..?

lelaki ketiga kagum dengan cara dia menjaga ikhtilat
:duhai akhi..aku wanita yang setiap hari berperang dengan perasaan...kadang-kadang aku juga tewas dengan nafsu ku......setiap hari aku cuba bermujahadah..allah...

lelaki terakhir pula kagum dengan ketabahan nya
wanita itu tersenyum...
jawapannya:aku wanita yang cukup mudah mengalirkan air mata...kau tidak sedar kah?tegar kah kau untuk menemaniku saat aku mennagis dan merintih hanya kerana kehilangan handphone ku atau kerana sengugut?????

sesungguhnya aku mencari lelaki yang akan menerima segala kekurangan dan dia membetulkan segala kesilapan ku..dan tidak memuja ku...atas apa yang zahir dri mata kasar..
terimalah aku..bimbinglah aku...aku hanya wanita yang hidup di akhir zaman yang cuba menanam semangat serikandi-serikandi dahulu

-tamat-